Artikel dengan Label "ubat buasir kelantan"

Showing posts with label ubat buasir kelantan. Show all posts



Supaya proses penyembuhan lebih lancar , sebolehnya usahlah meneran ketika buang air besar , bernafaslah secara normal sewaktu ingin mengeluarkan najis , angkat kaki kanan lebih tinggi dari kaki sebelah kiri dan tekanlah dan urutlah perut sebelah kanan secara perlahan-lahan...
Pantang larang ketika Buasir


Pantang Larang Ketika Buasir


Bismillah

*Sewaktu saya menulis artikel ini , saya sudah pun pulih sepenuhnya daripada masalah buasir yang saya alami sebelum ini. Baca Juga -  Panduan Kecutkan Buasir Dalam 3 Hari* 

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua :


 Bagaimana prose penyembuhan sakit buasir akan menjadi lebih lancar. Sila baca artikel Pantang Larang Ketika Buasir ini sampai habis ya.


Sebagaimana kita sedia maklum , buasir ini terjadi kerana beberapa sebab antaranya seperti :

  1. Berdiri atau duduk yang terlalu lama . 
  2. Kerap mengangkat bebanan berat .
  3. Mencangkung terlalu lama.
  4. Meneran ketika buang air besar .
  5. Kurang Minum Air Putih.
  6. Banyak makan makanan pedas .
  7. Banyak mengambil makanan atau minuman pahit seperti koko , kopi , sayuran pahit dan sebagainya.
  8. Meninggalkan makanan berminyak .
Dan lain-lain lagi punca yang berkaitan dengan tekanan pada abdomen seperti ibu mengandung , aktiviti yang melibatkan banyak melompat dan seumpamanya.


Baik , setelah kita tahu puncanya , marilah pula kita pergi kepada cara merawatnya pula .

Pantang Larang Ketika Buasir : 1 SOLUSI KEPADA PERMASALAHAN BUASIR

Bagi memastikan buasir yang sedang membengkak surut dan kecut dengan baik , berikut antara cara dan kaedah yang perlu dipraktikkan :

  1.  Amalkan herba yang biiznillah membantu mempercepatkan penyembuhan buasir dari dalam seperti yang pernah saya kongsikan di sini - Majun Buasir Kelantan : Suatu Kaedah Penyembuhan Semulajadi 135% Tanpa Pembedahan . Alhamdulillah ramai sangat yang telah pulih menggunakan herba ini.
  2. Sewaktu BUANG AIR BESAR , elakkan mencangkung terlalu lama. Setiap 5 minit , jika najis masih belum dapat diteran keluar , sila keluar dahulu dari bilik air dan ambil masa berjalan-jalan sebentar selama beberapa minit. Selepas beberapa ketika barulah masuk semula ke dalam bilik air . InsyaAllah cara ini membantu mengurangkan sakit duduk yang lama sewaktu meneran .
  3. Banyakkan minum air putih , kurangkan atau berhenti minum minuman yang menyukarkan buang air besar seperti minuman koko , kopi dan seumpamanya.
  4. Berhenti sementara makan makanan pedas dan berempah yang panas seperti lada hitam.
  5. Sebolehnya usah meneran ketika buang air besar , bernafaslah secara normal sewaktu ingin mengeluarkan najis , angkat kaki kanan lebih tinggi dari kaki sebelah kiri dan tekanlah dan urutlah perut sebelah kanan secara perlahan-lahan.
  6. Amalkan juga makan minyak zaitun sesudu pagi dan sesudu malam. Campurkan ke dalam segelas air suam. InsyaAllah membantu melancarkan pembuangan najis. Berkesan juga jika diambil sedikit minyak zaitun dan disapu pada bahagian buasir yang terkeluar, insyaAllah buasir akan lebih cepat surut.

Demikianlah serba sedikit petua ringkas bagaimana anda dapat merawat buasir dengan lebih berkesan.

Anda ada pandangan atau petua yang menarik ? Harap ianya dikongsikan di ruangan komentar agar lebih ramai mendapat manfaatnya !



*Disclaimer: 

Ini ialah hasil bacaan , pengalaman dan pemerhatian penulis sahaja dan bukanlah suatu kajian saintifik yang boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas penulis. 

Pembaca adalah dinasihatkan supaya membuat pemeriksaan berkala di pusat rawatan berhampiran bagi mengetahui tahap sebenar buasir yang sedang dialami .

Pembaca berhak membuat pilihan samada mengamalkannya atau meninggalkannya sama sekali.



Dahulunya dijual di kedai-kedai kecil dan juga dari rumah ke rumah di daerah-daerah dalam negeri Kelantan sahaja. Tetapi apabila ahli  keluarga sendiri telah menggunakan majun ini dan alhamdulillah ternyata sembuh sepenuhnya,  lalu tergeraklah hati..



 Contoh Packaging Lama Majun Buasir.
Produk Majun Buasir atau Ubat Buasir ini adalah amalan tradisi orang-orang Kelantan sejak 20 tahun yang lalu. Majun ini ternyata berkesan hingga mampu menyembuhkan penyakit buasir yang kronik(berdarah). Kandungan Majun ini 100% daripada akar-akar kayu terpilih dan dijamin halal.

Dahulu ianya dijual di kedai-kedai kecil dan juga dari rumah ke rumah di daerah-daerah dalam negeri Kelantan sahaja. Tetapi apabila ahli  keluarga saya sendiri telah menggunakan majun ini dan alhamdulillah ternyata sembuh sepenuhnya. Lalu tergeraklah hati saya untuk sebarkan kepada orang ramai melalui Internet.

Pada mulanya Majun Buasir atau ubat Buasir ini saya perkenalkan kepada saudara mara saya sendiri sahaja. Sekarang Majun ini mendapat sambutan hebat daripada orang-orang cina di Kelantan. Alhamdulillah dan Insya Allah selepas menggunakan Majun ini, Anda tidak perlu ke Hospital untuk membuat pembedahan Buasir.

Apa pun saya tak pandai nak menceritakan bahawa ubat ini lebih berkesan daripada Majun atau ubat-ubat yang lain. Tapi hakikatnya ubat ini memang berkesan. Sama juga seperti Penawar Resdung yang saya ceritakan dulu. Mula-mula saya ceritakan kelebihan dan keberkesanan ubat ini, ramai juga hamba-hamba Allah yang mengkiritik tanpa mencubanya terlebih dahulu.

Tapi Alhamdulillah selepas daripada itu ubat resdung yang saya cadangkan itu mendapat sambutan daripada ribuan pengguna di seluruh Malaysia. Dan tiada seorang pun pengguna yang melemparkan kritikan yang negatif. Malah hingga saat ini masih ramai yang membelinya. Alhamdulillah!

Lihat Simptom-simptom penyakit buasir ;
1. Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.
2. Pendarahan  berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ.
3. Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.
4. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
5. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
6. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
7. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.



Penyakit buasir ni atau Hemmoroid iaitu penyakit yang boleh terjadi dibahagian dubur. Ia terjadi bila saluran darah venus (veins) yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus). Ada dua jenis buasir yang utama iaitu :Buasir dalam. Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple.

Buasir luar. Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.

Jangan biarkan buasir anda menjadi semakin parah sehingga anda terpaksa membuat pembedahan di hospital.

MAJUN INI SANGAT TERHAD!!! SILA DAPATKAN SEGERA Majun ini dengan harga yang sangat berpatutan. 

Hubungi Puan Diana di Talian 018- 391 9195 .


Author Name

Borang Maklum Balas

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.